geng bloger

nafnag


Wednesday, April 21, 2010

jatuh cinta adamaya....



wah best gler la cite kat tv3 nie adamaya....adoi tersentuh hati kecik nie tau tengok citer nie....best sangat adam mmg romentik giler la  n slamber la, cool lak tu... walaupun maya jumper lagi ngan bf die tp adam tetap tak marah hanya mengingatkan maya yang die tu suami maya....
best tol la .....
skunk aku nak kongsi ckit sinopsis nie...


sinopsis adamaya:

Perkahwinan adalah suatu ikatan suci manakala cinta sejati menuntut pengorbanan. Begitulah yang terjadi terhadap Adam, 24 tahun (Hussein) dan Maya, 21 tahun (Lisa Surihani). Adam kelulusan undang-undang tetapi lebih cenderung kepada fotografi. Maya merupakan pelajar universiti tahun kedua dalam bidang insuran. Ibu bapanya mengambil keputusan mencarikan suami yang dapat menjaganya kerana mereka terpaksa bekerja di luar negara selama lima tahun. Adam ialah pilihan terbaik kerana ibu bapa mereka bersahabat baik.
Adam menurut kehendak ibu bapanya kerana tidak mahu menghampakan mereka. Maya pada mulanya membantah kerana mempunyai kekasih hati, Dani (Faizal Yusup) tetapi selepas dipujuk oleh ibu bapanya, dengan alasan yang kukuh, dia akhirnya bersetuju. Walaupun tiada perasaan cinta, Adam sebagai suami telah bertindak bijak untuk mencari titik persamaan yang menyatukan mereka.
Mereka mula bercinta dan dikurniakan seorang anak. Selepas lima tahun, percintaan mereka menghadapi dugaan tatkala Maya digoda kembali oleh Dani. Adam mula berjauhan dengan Maya untuk mengejar impiannya dan ini membuatkan mereka sering bergaduh. Adakah Maya akan menyedari tiada cinta yang lebih tulus selain dari cinta suaminya?
Adam menurut kehendak ibubapanya kerana tidak mahu menghampakan mereka. Maya pada mulanya membantah kerana telah mempunyai kekasih hati, Dani (Faizal Yusup ala yang bekas suami nana tue) tetapi setelah dipujuk oleh ibubapanya, dengan alasan yang kukuh, dia akhirnya bersetuju..
Walaupun tiada perasaan cinta, Adam sebagai suami telah bertindak bijak untuk mencari titik persamaan yang menyatukan mereka. Mereka mula bercinta dan dikurniakan seorang anak. Selepas lima tahun, percintaan mereka menghadapi dugaan tatkala Maya digoda kembali oleh Dani. Adam mula berjauhan dengan Maya untuk mengejar impiannya dan ini membuatkan mereka sering bergaduh.
Adakah Maya akan menyedari tiada cinta yang lebih tulus selain dari cinta suaminya?
Adamaya mengisahkan perkahwinan di usia muda, di mana memerlukan komitmen yang tinggi dan tanggungjawab serta persefahaman sesama pasangan.
kepada sesape yang tak tengok mmg rugi la... 
too kak maria,kak nik,kak linda...
korang rugi gler tak dapat tgk citer nie tau...
mmg best tersangat tau tak lembab pun tau....
cian korang....




No comments: