geng bloger

nafnag


Wednesday, April 7, 2010

aku bukak" gua.com" tetibe.....

ari NIE TETIBE JE AKU NAK BACE GOSIP2 KAT GUA DOT COM....
adui cedih nyer rase bile bace tentang arwah din beramboi
aku mmg minat giler kat die... setiap kali aku pegi keje mesti aku dengar
radio era semater2 nak dengar  coloteh die ngan pak nil...
hahaha aku sentiasa ingat die tau... lagi2 drama sebabak tue...
tp nak wat macam mane allah swt lebih sayang kan die..
sbb tue die pergi dulu...
opsss 
terlupe lak nak citer pasal aku bace gua dot com td....
ha pasal anak2 din beramboi kan...
sedih aku dengar citer anak die...
nie aku nak kongsi ngan korang nie
artikel nie.......
bace tau...

Hampir 20 minit GUA khusyuk mendengar celoteh kedua anak sulung Allahyarham Din Beramboi atau nama sebenar Mior Ahmad Fuad Mior Badri, yang tidak segan berkongsi dengan para wartawan kenangan-kenangan manis bersama ayah mereka. Terharu bila GUA memikirkan selepas ini, tiada lagi kenangan-kenangan baru yang akan dicipta mereka bersama papa kesayangan.

Sepanjang celoteh mereka, tiada setitik air mata yang dititiskan. Sebaliknya perbualan mereka penuh dengan senyuman dan hilai ketawa. Ketabahan Nil Aina Adibah, 18, dan Mior Syafiq Ar-Ridhwan, 12, berdepan realiti kehilangan pelindung mereka pada usia yang muda, bukan saja menyentuh hati tetapi mengagumkan.

Cerita Aina, papa-nya sering membuat lawak bila di rumah. Adakalanya akan disergah mereka dari belakang dan pernah sekali, arwah berpakaian kostum putih dan duduk di pondok untuk menakutkan mereka.

"Papa sanggup buat macam tu untuk takutkan kami. Tapi sebab dah terlalu biasa, sampai tak kelakar pun. Kecuali bila papa buat lawak spontan. Yang paling kami rindu tentang papa, setiap malam papa akan masuk bilik untuk 'adjust' air cond, selimutkan kami, cium kami. Tak pernah 'miss'."

Dalam ingatan mereka, hanya sekali sahaja melihat arwah menangis.

"Masa itu, papa dah dimasukkan ke hospital dan bos Era, Nazri (Noran) datang ziarah. Masa salam tu, papa menangis sambil memberitahunya, 'Nazri, bukan aku tak nak kerja tapi aku tak sihat’," kata Aina.

Tambahnya, sebulan sebelum pemergiannya, arwah banyak berpesan kepada anak-anaknya.

"Papa selalu tanya, 'Jika papa takde, macam mana?'. Papa juga selalu ingatkan kami untuk jaga rumah, jaga mama, belajar, jangan malas... Masa tu, kami nak percaya pun, ‘Boleh percaya ke sebab papa ni selalu berlawak’. Selepas papa meninggal, baru kami sedar," kongsi Aina yang sedang menunggu kemasukan ke universiti.

Ditanya jika adik bongsu, Nir Ain Syuhadah, 6, memahami apa yang telah berlaku, Aina memberitahu sejak seminggu ini mereka selalu ke pusara arwah.

"Ain akan kata, 'Papa, minum pagi' sambil siram air atas kubur papa, 'Papa, Ain balik dulu', 'Papa rindu Ain, Ain rindu papa'. Dia faham macam itu-lah. Tapi kebelakangan ini, dia sedikit sensitif, cepat merajuk.

"Sebelum ini, bila dia merajuk dia akan terus mengadu kat papa dan papa akan belikan untuknya. Sekarang, pada siapa dia nak mengadu? Dia paling rapat dengan papa. Muka pun muka papa. Ada sekali papa cakap, 'Ain tidur dengan papa sampai Ain kahwin'."

Tentang keadaan ibu, Suhaini Che Man pula, yang kini terpaksa mengalas tanggungjawab menyara keluarga seorang diri tetapi mujur mendapat bantuan daripada adik-beradiknya, dedah Aina, "Ibu sudah nampak kuat sikit. Saya faham akan ada masanya bila ibu jadi rindu tapi belum lagi."
Tidak berkira dengan anak-anak
Jika masyarakat hanya mengenali Din Beramboi sebagai karektor yang gila-gila, kuat berlawak tetapi di rumah, di kalangan anak-anaknya, arwah juga seorang yang tegas dan bertanggungjawab.

"Papa tak bagi muka pada anak-anak. Papa sangat tegas. Apa yang papa cakap, kami tak pernah tak buat. Papa seorang yang pentingkan disiplin. Papa tahu macam mana untuk mengaturkan jadual pembelajaran dan keperluan kami," ujar Aina yang ditemui selepas menerima, bagi pihak ibunya, sumbangan cek berjumlah RM10,000 daripada Media Prima Berhad petang tadi.

“Bila marah, cara papa bukan untuk meninggikan suara. Papa akan cakap benda yang ada fakta. Ayatnya 'simple' tetapi makan dalam dan kami faham.

“Sebenarnya, papa seorang yang lurus bendul. Bila melawak tu bolehlah papa tipu tapi dalam kehidupan sebenar, papa tak boleh tipu. Kami tahu bila papa tipu. Papa akan ketawa tersipu-sipu. Bila kena 'twist' sikit, dah kantoi."

Meskipun tegas dengan anak-anak, apa yang diingini mereka akan dicuba sedaya-upayanya untuk memenuhi. Dengan anak-anak, arwah tidak pernah berkira.

"Apa yang kami minta, kita akan dapat. Walaupun susah, papa akan usahakan untuk memberi anak-anaknya kepuasan. Itu yang istimewa tentang papa. Sebab itu bila papa 'pergi', kami tidak terkilan sebab papa tidak berhutang dengan sesiapa.

"Papa tinggalkan kami bukan dengan tangan kosong. Semuanya sudah disediakan, rumah, kereta... Papa memang 'best'. Bukan sebab kami sebagai anak saja-saja nak cakap depan media.”
Arwah tidak sangka ramai peminat Dedah Aina, tidak pernah disangka mereka arwah seorang artis yang sangat popular. Malah arwah pernah berkata, dirinya tidak mempunyai ramai peminat.

"Tapi nampaknya papa salah. Papa bertuah kerana ramai yang sayang. Sampai Azwan Ali pun menangis. Kami tak tahu papa se-popular ini. Tak sangka semua artis rapat dengan papa. Yang kami tahu cuma Aznil (Hj Nawawi).

"Papa tidak menunjuk-nunjuk. Papa sangat 'simple'. Bila ke pasar, sederet penjual dia akan tegur. Papa pun terkejut bila tercalon untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Papa ada cakap, jika ada bilik besar, kita akan pergi sekeluarga.

"Papa amat pentingkan keluarga. Bila kerja 'outstation', papa akan cari bilik supaya dapat bawa kami bersama. Papa lepas habis kerja, terus balik rumah. Kalau nak lepak dengan kawan, papa lebih suka berlepak di rumah, buatkan teh tarik.”

Sejak arwah jatuh sakit, Aina bersama ibu dan adik-beradik tinggal bersama nenek di Kepong. Menurutnya, buat masa ini mereka tidak kuat untuk tinggal di rumah. Terlalu banyak kenangan dan peninggalan arwah di situ.

"Rumah itu, semuanya papa dari aksesori, dekorasi. Papa semua boleh buat. Papa dilahirkan macam tu. Ada sekali papa terjumpa kayu biasa, papa licinkan dan papa ukir sendiri ayat Bismillah. Ukiran itu masih ada lagi. Pagar kayu sekeliling rumah pun papa yang buat sendiri termasuk katil, pondok..."

Menyentuh tentang insiden rumah mereka dipecah masuk baru-baru ini, kata Aina, "Saya tak faham bagaimana orang macam tu boleh ambil kesempatan ke atas orang pada waktu begini. Semua yang mereka ambil barang-barang kenangan papa seperti 'laptop' dan kamera yang mengandungi gambar-gambar keluarga. Mana kami nak cari ganti?"

Sebagai seorang artis, arwah tidak terlepas daripada kritikan dan kutukan. Namun dedah Aina, papanya tidak ambil kisah apa yang diperkatakan tentang dirinya.

"Papa buat tak tahu sebab katanya masalah itu akan hilang juga asalkan kita tak lari darinya atau memburukkan lagi masalah itu. Kata papa lagi, orang yang bawa mulut itu tak tentu baik."


sedih kan.....sobsobsob



anak2 arwah din beramboi

No comments: