geng bloger

nafnag

Sunday, May 16, 2010

budu ku.......wow...



Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman.
Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.
Budu
Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan “kuno”.
Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif sepertiaterosklerosiskoroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.
Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab [[diarrhoea|cirit (diarrhoea)], penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.
Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilisyang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh.
Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.
Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah.
Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa danstokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin ADE dan K).
Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin)vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasinvitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin).
Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin – yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.
Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.
Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon.
Seperti halnya vitamin Cvitamin E dan karotenoidisoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas.
Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel.
Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.
Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzeinglisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.
Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.
Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan.
Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium.
Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.
Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari umlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.
Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.
                                                            nyaaaami....nyaaaami........delicious 
                                                walaupun aku bukan ore kelate but dis budu is nice.....

Thursday, May 13, 2010

memalukan diri sendiri....uwaaaauwaaaaa

hahhaahahhaaha semalam aku tak abis2 ketawa tau....eiiiii tak leh luper tol peristiwa yang memalukan tuh.....korang nak tau tak semalam aku disuruh bos aku ala en wan tuh die suh aku g dbkl kan kg baru tuh.....aku pun g la ngan pia  ala pekerja sementara kat syarikat tue.....aku g ngan dia dgn harapan aku tau la jalan nak g situkan....mmg betul pun pia tau jalan maklum la die nyer utm dekat je ngan situh....die pun masuk la parking....kat situ ader 3 bangunan ....1 bangunan unikl.....dbkl n bank pembangunan....aku ngan pia pun masuk la parking basementaku tak tau lak basement tuh kongsi parking ngn tiga2 bangunan tuh n lift dia lain2 aku pun pg lah naik lift yang nampak dpn mater aku... naik2 aku terus g kat pengawal tuh dengan tak tengok kiri kanan atas bawah aku pun amik pas n pg tingkat 25 mcm en aku g tau la.....carilah pn nani yang en aku kater.....tetibe kan aku tanyer la sorang mamat nie ader tak pn nani kat cnie?...than die cakap pn rosnani ker ....aku terus cakap yer.....pastue dia tanyer dik nak cari aper....aku mule lah pelik biler die tanya macm tue aku dah rase lain dah....aku pun ckap la plan yang en rashid nak tuh kak pn ker die pun pelik jer dia tanyer plan aper aku pun ngan selamber cakap la plan umah sekali dia kater mcm ni daaaaa....
                                              dik kat cnie bukan wat plan umah dik.....
                                              cnie  bank pembangunan tak dek lak...
aku malu gler rase mcm nak cabut je kepale.....adui.... aku ngan pia nagan selamber cakap k sorry ea salah tempat.......ya ALLAH tuhan saje tau aku nyer perasaan nak gelak da menangis pun ader.....aku ngan pia pun terus kan la pejuangan kami.... aku pegi la bangunan dbkl sebelah die....tahn naik tingkat 25 aku jumper la sorang pakcit nie tau aku tanyer la en tupang tanyer nani ader tak keje kat sini  so die kater nani kat tingkat 21 ader la, cnie tak dek namer nani... aku ngan pia pun turun la tingkat 21.....than tanyer la satu mamat nih en, nani keje kat cnie ker...than die kater ader namer nani aku pun pa lagi lega gila rase tp ..........
dlm ati aku mamat nie da tp2 la pulak.....tp pn nani tak dek skunk nie datang bekenaan ngn projek aper ek... aku pun ckp la projek dato...... sekali die kater tak dek lak projek tuh.... aku kater la en aku dah kol pn nani so mamat tu lak kol terus pn nani tuh n tahn die suh aku ckap...so die kater bg no en aku aku pon bg la lepas tue aku terus blah n kol en aku , aku tanyer die name penuh puan nani tue die lak tak tau dlm ati aku ih dah abis mencarut dah... die suh aku g tingkat 25 cari pn nani balik...die ingat aku ni aper bola ker... baling cnie sane....aku pun g korang nak tau rupe2 nyer bkn nani namer die noni....aku geram betul ngan bos aku tuh...hampeh...

Tuesday, May 11, 2010

PEtuA kEcAnTIkaN mUkA......NakcHAnTEkTaK......!!!!!


Ha! Ini ada satu petua mencerahkan muka yang sangat berkesan yang telah saya amalkan sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Petuanya mudah sahaja, murah dan yang paling penting, anda akan dapat melihat hasilnya in an instant!CEPAT CEPAT JIKA INGIN CANTIK....

Caranya :

1)Parutan Lobak merah
2) Kuning Telur
3) Sedikit Air Limau Nipis
 (kat rumah saya hanya ada limau kasturi, jadi saya guna limau kasturi ajer)

Campurkan kesemua bahan di atas dan kacau hingga              sebati. Sapukan pada muka dan biarkan kering. Kemudian cuci dengan air tanpa menggunakan sebarang pembersih muka.

Bagi saya, resipi ini cukup berkesan. Saya sendiri telah me

ncubanya dan mendapati kulit wajah saya lebih cerah dan berseri sebaik sahaja campuran tadi ditanggalkan. Cubalah sendiri!





Sunday, May 9, 2010

keje....keje...keje




















Bekerja untuk mencari rezeki yang halal memang memenatkan. Malah ia mampu memberikan tekanan kepada sesiapa sahaja. Apatah lagi jika kerja yang anda lakukan berhadapan dengan 'deadline' dan tarikhnya pula semakin hampir.

Ada juga sesetengah kerja yang memaksa seseorang itu berhadapan dengan orang ramai yang mempunyai pelbagai ragam dan karenah. Jika tidak dituruti karenah tersebut, mungkin anda akan terlepas peluang menarik. Jadi mahu atau tidak, anda terpaksa merelakannya walaupun di dalam hati hanya Tuhan yang tahu betapa tertekannya anda.

Untuk itu, di sini diperturunkan lima cara mudah untuk anda mengurangkan tekanan di tempat kerja. Anda tidak memerlukan masa yang panjang untuk melakukannya, namun ia mampu memberikan anda kesegaran dan tenaga baru untuk menghadapi hari yang panjang.
1. Cuci muka
Terlalu lama duduk menghadap komputer memang memenatkan. Apa kata anda bangun sebentar dan pergi ke tandas untuk mencuci muka. Kesejukan air itu sudah pasti mampu memberikan anda kesegaran baru. Jika anda bernasib baik, mungkin anda akan mendapat beberapa ilham baru yang pastinya akan menguntumkan senyuman di bibir anda.
2. Membaca kisah lucu
Kisah-kisah lucu yang banyak dikirimkan oleh rakan-rakan melalui emel mungkin boleh digunakan ketika ini. Dengan membaca beberapa kisah lucu yang pendek, ia mampu membuatkan anda ketawa sendirian, sekaligus menjauhkan anda daripada tekanan kerja yang membelenggu anda. Selepas melepaskan tekanan melalui ketawa, anda kini lebih bersedia untuk menyambung pekerjaan yang sedang diusahakan.
3. Berbual dengan rakan
Di pejabat sudah pasti anda mempunyai ramai kawan. Untuk melepaskan tekanan, anda tidak semestinya perlu berbual dengan rakan rapat sahaja. Adakalanya rakan-rakan baru juga boleh menjadi tempat anda meluahkan rasa sekaligus mengurangkan tekanan yang anda tanggungi. Mungkin dengan perkenalan baru itu anda dapat menambahkan kawan serta peluang untuk bertukar-tukar fikiran dengan orang lain yang mempunyai latar belakang berbeza. Tetapi janganlah keterlaluan kerana orang lain juga pastinya mempunyai kerja yang mereka harus siapkan juga.
4. Ke kafetaria
Setelah seharian penat bekerja dan mengerah otak, tidak salah jika anda meluangkan sedikit masa untuk ke pantri atau kafetaria. Belilah sedikit makanan untuk mengisi perut anda yang berkeroncong. Rasa lapar yang ditanggung bukan membantu sebaliknya boleh menambahkan lagi tekanan yang dialami. Apabila sudah kenyang, anda pasti lebih selesa untuk meneruskan kerja yang terbengkalai sebentar tadi.
 
5. Berjalan seketika
Jika tekanan yang anda tanggung masih belum berkurangan, apa kata anda bangun sebentar dan berjalanlah di sekitar pejabat anda. Ambil masa beberapa minit untuk anda mencari ketenangan dan kekuatan untuk menyelesaikan segala tugasan yang diberikan. Dengan berjalan dan meninjau persekitaran tempat anda bekerja, ia mungkin boleh memberikan anda idea untuk bekerja dengan lebih berkesan. Jika anda bertuah, anda mungkin akan bertemu dengan seseorang yang mampu membantu anda. Apa yang penting anda tidak malu untuk bertanya dan mudah bekerjasama dengan sesiapa sahaja.

Thursday, May 6, 2010

hari ibu.....nak bg aper ek....(perlu kan cadangan nih) plzzzz


KEBUNTUAN MELANDA


hari ibu dah dekat nie duit lak dah dekat nak berkurangan nie....macam mane nak bagi nie... mak ader 2 mak mertua 1 mama 1 aduyai... aku dah la tak penah bagi aper2 pun kat mak mertua .....mak aku aku tak tau nak bg aper brg murah die leh beli sendiri brg mahal aku tak mampu lak.... aper kah patut aku beri nie....aku mmg nak bagi sebb aku tol menghargai aper yang mam wat untuk aku selamer aku idup nie... tp aper aku nak bg nih.....
mak mertua aku lak no hal die mesti terima nyer aku bg aper pun... tp mama aku nih.... aper cadangan korang plz cadang kan buntu nih....

Monday, May 3, 2010

kerisauan melanda ati....

adui ari nie aku risau gler tau... bf aku tuh tak sihat pun nak g kolej kan dah kene balik... die bru pas g hospital....dokter kater badan die terlampau panas 98 darjah panas tak tuh?adui awek die nie tak belajo dokter....hehhehe dah ar badan panas pastu tekanan darah rendah lak tuh...dah la laki aku tue kurus je lagi kurus la u b.....b i klo bleh nak sangat jage u tapi i jauh....risau la hati aku nih...aku doa sangat yang laki i cepat baik....
aku tol2 risau la...keadaan die mcm teruk je.... adui ikut kan ati aku nak balik kuantan... tp aku keje klo aku nie tak keje dah lame aku blik jage die.... hmmmmm